Degree Untuk Influencer

Опубликовано: 12 Август 2026
на канале: Hasrizal Official
273
12

Lebih 10 ribu pelajar tidak menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2023. Ada pelbagai faktor. Sebahagian, dikatakan terpengaruh dengan media sosial dan mahu menjadi pempengaruh (influencer). Lantas berbondong-bondong orang dewasa memperlekeh idea berkenaan dan mentertawakan mereka, melanjutkan budaya sakit di celah-celah masyarakat kita. Di negara saya tinggal, iaitu di Ireland, sebuah universiti di Carlow menawarkan program ijazah sarjana muda untuk menjadi pempengaruh yang berjaya, substantial, dan telap perubahan. Baik perubahan semasa, atau di masa akan datang. Sesuatu yang boleh kita teladani kerana amanah di atas bahu kita adalah mendidik.

#spm #spm2023 #spm2024 #pendidikan #pendidikanmalaysia #pendidikanfatamorgana #pempengaruh #selebriti #selebritimalaysia #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia🇲🇾