Caca Merba Sebab Ikut Finland?

Опубликовано: 14 Июнь 2026
на канале: Hasrizal Official
337
10

Apabila sistem pendidikan kita menjadi caca merba kebelakangan ini, antara kecaman yang selalu kita dengar adalah pada menyalahkan Finland. Caca merba itu dikatakan berpunca daripada mengikut contoh-contoh negara berkenaan.

Alangkah baiknya jika dakwaan itu benar.

Mengikut Finland bermaksud, melakukan apa yang bermanfaat untuk murid belajar dan guru mengajar. Tidak kiralah contoh itu datang dari Amerika Syarikat ataupun nasihat ilmuwan Islam sendiri.

Menyediakan waktu rehat 15 minit antara dua mata pelajaran adalah seperti saranan Ibnu Abbas r.a.

Guru mempunyai strategi untuk mencegah kebosanan berlaku adalah contoh daripada Abdullah bin Mas’ud r.a.

Anak orang kaya dan anak orang miskin belajar di sekolah yang sama adalah nasihat ibnuu Sahnun.

Guru peka dengan keadaan emosi dan sosial murid-murid adalah contoh mithali daripada Nabi Muhammad ﷺ sendiri ketika mendidik Malik bin al-Huqairith r.a dan rakan rakannya.

Malaysia tidak ikut Finland. Malaysia ikut apa kita pun tidak tahu.

‪#pendidikanfatamorgana‬ ‪#ubahsegera‬