Tan Sri Dato' Seri Prof. Emeritus Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin adalah tokoh pendidikan di Malaysia. Beliau adalah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dari 27 Ogos 2006 - 31 Disember 2013. Beliau pernah menjadi Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2000-2004 dan Pengarah Bahagian Kualiti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Beliau juga pernah menjadi Ketua Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1976 – 1979. Antara jawatan lain yang disandang beliau adalah Pengarah Pusat Pembangunan Akademik UKM , Presiden NCWO, Ahli Lembaga Pelawat Depot Tahanan, Perunding 'Distance Education Project McCord' Hospital, Durban, Penasihat 'Medical Education WHO, Ahli Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai wanita dalam pembangunan, Ahli Lembaga Eksekutif 'Network of Community Oriented Education Institution in the Health Science', Ahli 'Association Medical Education WHO, Western Pasific Region', Ahli Majlis Akademi Perubatan Malaysia, Ahli Persatuan Perubatan Malaysia dan pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan, Jabatan Pendidikan Perubatan, UKM.
Ikuti perkongsian menarik bersama Tan Sri Dato' Seri Prof. Emeritus Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin dalam siri Program Sembang-Sembang PSWM kali ini.