Dato’ Freida Mohd Pilus, yang merupakan pengasas Sekolah Cempaka. Dato’ Freida pernah berkhidmat di sektor kerajaan selama 13 tahun sebelum beliau mengundurkan diri dan membuka sekolah swasta. Dengan mendirikan Sekolah Cempaka pada tahun 1983, beliau memulakan sekolah untuk anak-anaknya dengan keinginan untuk memberikan pendidikan terbaik untuk mereka. Kini beliau digelar sebagai seorang Edupreneur kerana telah berjaya membawa jenama Sekolah Cempaka hingga ke tahap global.
Ikuti perkongsian menarik bersama Dato ’Freida Mohd Pilus bagaimana perjalan turun naik beliau dalam membina empayar Sekolah Cempaka dalam siri Program Sembang-Sembang PSWM kali ini.