SEMBANG-SEMBANG PSWM BERSAMA DATIN NURSIAH BINTI SULAIMAN

Опубликовано: 25 Апрель 2026
на канале: PSWM CHANNEL
95
2

SEMBANG-SEMBANG PSWM BERSAMA DATIN NURSIAH BINTI SULAIMAN

Dengan lebih 40 tahun pengalaman bekerja, Datin Nursiah Sulaiman sememangnya seorang yang berjiwa rakyat. Mempunyai latar belakang 15 tahun di Jabatan Sumber Manusia, beliau mahir dalam cara menyelaraskan individu yang mahir dan berkelayakan untuk memaksimumkan pulangan pelaburan sesebuah organisasi.

Selain itu, beliau juga turut mempunyai kemahiran kewangan dan belanjawan berdasarkan pengalaman luas beliau dalam kedua-dua Jabatan Belanjawan & Perancangan dan Kewangan.

Sementara itu, jawatan terakhir beliau di FELDA sebagai Timbalan Ketua Pengarah pengkhususan dalam Strategi Korporat & Pengurusan Tertinggi telah meningkatkan dan meluaskan kemahiran komunikasi dan skop beliau untuk mengurus dan melayan eksekutif pengurusan tertinggi dan ahli lembaga pengarah.

Keghairahannya untuk berkhidmat kepada masyarakat mendapati dia menjadi sukarelawan di beberapa organisasi seperti menjadi Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) Malaysia, Setiausaha Kehormat Persatuan SAHABAT Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Setiausaha Kehormat Persatuan Residen SS20 Zon Utara, Damansara Utama, Petaling Jaya.Selangor Darul Ehsan.

Ikuti perkongsian menarik bersama Datin Nursiah Sulaiman dalam siri Program Sembang-Sembang PSWM kali ini.