Sembang-Sembang PSWM Bersama Dr Asma Abdullah

Опубликовано: 26 Август 2026
на канале: PSWM CHANNEL
39
0

Sembang-Sembang PSWM Bersama Dr Asma Abdullah

Dr Asma Abdullah adalah seorang konsultan dalam bidang sumber manusia dan antara budaya. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Antropologi dan Sosiologi dan Diploma Pendidikan dari Monash University, Melbourne, ijazah Sarjana dalam Teknologi Pendidikan dari University of Southern California, Los Angeles, ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Kaunseling dari University Malaya, Kuala Lumpur dan ijazah PhD dari Universiti Kebangsaan, Bangi, Malaysia pada tahun 2001. Beliau juga seorang coach dalam work life integration

Beliau telah menulis lebih daripada 40 artikel dan lima buku mengenai budaya, budaya korporat dan pengurusan sumber manusia dan wanita. Beliau juga telah merancang, menjalan dan memfasilitasi kursus pengurusan dalam bidang penyelesaian masalah, bekerja dalam pasukan, perundingan, latihan dan mengurus perubahan dalam organisasi Malaysia.

Ikuti perkongsian menarik bersama Dr Asma Abdullah dalam siri Program Sembang-Sembang PSWM kali ini yang berkongsi kisah sebagai orang Melayu yang berpendidikan luar negeri dan sudah biasa dengan cabaran dari masalah intrakultur, antara budaya, dan silang budaya di tempat kerja Malaysia.