Sambal Nasi Lemak Terlajak Sedap

Опубликовано: 09 Октябрь 2026
на канале: Maddy Borneoz
6,703
50

Bahan –Bahan :

• Minyak bekas goreng ikan bilis agak agak satu cawan
• 1 biji bawang Holland dihiris
• 2 sudu makan gula biasa
• 9 biji bawang merah kecil*
• 1 biji bawang merah besar*
• 8 ulas bawang putih*
• Setengah genggam ikan bilis*
• Belacan sebesar Ibu jari - pecah pecahkan
• 25 biji cili kering dipotong dan dibersihkan. Selepas itu rebus dan letakkan sedikit minyak masak ke dalam rebusan cili tadi sampai lembut dan sedia dikisar. Kemudian kisar halus menggunakan sedikit air rebusan cili itu tadi.
• Satu genggam ikan bilis yang sudah dicuci (Saya guna ikan bilis mata biru yang sudah dicuci dan dijemur kering)
• 2 sudu makan budu. Saya guna jenama Budu Ketereh.
• ½ ketul gula Melaka
• ½ pes asam jawa dibancuh bersama 100ml air atau ½ cup air
• 1 sudu makan santan. Saya guna jenama Kara
• 150ml air kosong - 3x

*Bahan yang dikisar halus bersama

Cara-Cara ;

1. Panaskan Minyak untuk menumis
2. Masukkan 2 sudu gula biasa dan tumis sebentar– Process ini membantu mencantikkan lagi warna sambal. Ala ala caramel gitu.
3. Selepas gula setengah cair dalam minyak tumis, masukkan bawang Holland yang dihiris dan tumis sehingga warna keperanggan.
4. Kemudian masukkan bawang yang dikisar dan tumis sehingga naik bau.
5. Sesudah naik bau masukkan belacan dan pecah-pecahkan sambal menumis.
6. Bila bawang dan belacan nampak sebati, masukkan segenggam ikan bilis dan tumis sehingga pecah minyak.
7. Kemudian, tambahkan cili kering yang sudah dikisar halus.
8. Kacau sebentar. Pastikan api kita slow. Selepas itu biarkan beberapa minit dan kacau lagi sampai pecah minyak.
9. Setelah sambal kita pecah minyak. Tambahkan 150ml air ke dalam sambal kita dan kacau sebati. Dan Biarkan sebentar. Pastu gaul kejap sampai pecah minyak.
10. Ulang langkah No. 8 & No.9. Saya buat process ni dalam tiga kali.
11. Selepas kali ke-3 tambah air. Tunggu sehingga pecah minyak. Kemudian tambahkan 2 sudu makan budu sebagai pengganti garam dan gaul sebati.
12. Selepas itu, tambahkan juga ½ ketul gula Melaka dan kacau sebati
13. Kemudian, tambahkan 2 sudu makan air asam jawa dan kacau sekejap sambal supaya semua rasa dalam sambal sebati.
14. Akhir sekali, tambahkan 1 sudu makan santan. Santan ini untuk melengkapkan semua rasa yang ada di dalam sambal dan sambal akan terasa lebih enak berlemak gitu dan jangan risau tahan lama juga.
15. Kesimpulannya, masa untuk saya memasak sambal nasi lemak ini ialah lebih kurang 2 jam.

Sekian :)

Follow Zzerxer di :
Facebook :   / zzerxer.lyn  
Instagram :   / zzerxer  
Youtube :    / @maddyborneoz