Hello semua📣‼️📣‼️
Teringin nak berlaukkan menu
♦️PISANG HOTEL MUDA SAMBAL TUMIS??♦️
Siapa yang teringin atau belum pernah makan pisang muda yang ditumis boleh tengok cara saya masak kat dalam video di bawah ya. Boleh share share gais.. Sangat senang dan mudah disediakan... Masak pun kejap. Lagi lama saya edit video ni. HAHA😜
BAHAN-BAHAN :
1) Pisang Hotel Muda 8 biji
2) Bawang Merah 2 Biji
3) Bawang Putih 3 Ulas
4) 1 Bungkus Pes Sambal Tumis Serbaguna Maggi (60G)
5) ½ tbsp Secukup Rasa
6) ¼ Cup Minyak Masak (60ml)
7) ½ tbsp Perencah Kari Maggi Mee
8) 1 tbsp gula
9) 1 ½ cup Air Putih (375ml)
PERSEDIAAN SEBELUM MEMASAK :
1. Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.
2. Selepas itu, sediakan 8 biji buah Pisang Hotel Muda dan rendam dalam air besen yang diletakkan garam sedikit supaya getah pisang tak melekat dekat tangan ketika mengupas.
3. Sediakan besen dengan air bersih sebelum mengupas pisang. Kemudian, kupas kulit luar pisang dan sesudah itu masukkan ke dalam besen yang berisi air tadi supaya pisang tersebut kekal segar tan tidak berubah warna kecoklatan.
4. Selesai mengupas, potong pisang hotel muda tu kecil-kecil untuk dimasak. Potongan kecil pisang itu juga perlu direndam supaya keadaannya kekal putih berseri. Kira segar la tu..Bila dah nak mula memasak boleh cuci dan toskan potongan pisang kita tadi.
CARA CARA MEMASAK :
1. Sediakan kuali dan hidupkan api dapur
2. Tuangkan minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan Pes Sambal Tumis Serbaguna Maggi dan kacau sehingga pecah minyak.
4. Selepas itu, ambil potongan pisang yang sudah kita toskan tadi dan masukkan ke dalam kuali tumis dan kacau sampai sedikit sebati.
5. Sediakan air. Sukatan air boleh guna paket Pes sambal Tumis. Agak agak semua pisang tenggelam sdikit supaya rasanya lebih padu bila masak.
6. Tunggu sehingga mendidih. Tambahkan Perencah Maggi kari ke dalam pisang tumis kita. Selepas itu, kacau sebentar. Pastikan pisang kita tak melekat kat kuali. Kalau tidak hangit nanti.
7. Kemudian bila air dah makin menyejat, boleh perasakan dengan serbuk secukup rasa. Ini bergantung kepada selera masing masing.
8. Last sekali sebelum tutup api dapur, tambahkan gula untuk menyeimbangkan dan menyedapkan lagi rasa Pisang Sambal Tumis kita ni.
9. Bila dah nampak pekat, likat dan berkilat, sila tutup api dapur. Itu maknanya Pisang Muda Sambal Tumis Maggi kita memang PADU DAN LAZAT! 💘
10. Selamat Menjamu Selera semua !!
✅ Rasa Pes Sambal Tumis Maggi ni memang dah lengkap tinggal untuk kita menyempurnakannya sahaja. Boleh digunakan dalam pelbagai menu masakan. Tak percaya. Boleh cuba try test dulu. Okay gaiss.🌼🎉🌼
#RajaRatuSambalTumis #MaggiSambalTumis #GerentiMenjadi @MAGGI.MALAYSIA #MAGGIMalaysia