Video dalam bahasa Iban tapi bahan aku ngena Malay 👌
Bahan Bahan
Vermicelli Spaghetti pasta jenama San Remo
Air untuk merebus
Secubit Garam
Sedikit Minyak
Masa Makan letak parmesan cheese kalau ada. Atau boleh letak sedikit cheese semasa masak sos untuk lebih creamy. Saya prefer tak ada cheese. 😀
Sos Spaghetti Bolognese :
2 tbsp minyak masak
1 pack minced beef/400g
1 biji bawang holland - dicincang halus
3-4 biji bawang putih - dicincang halus
2 biji tomato yang sudah dibuang biji dipotong dadu.
1 jengkal lebih panjang batang celery dipotong halus/didadu.
1 biji lada benggala/capsicum yang sederhana besar. Kalau saiz besar sangat boleh guna 1/2 sahaja. - Potong dadu.
Setengah batang carrot dipotong dadu.
Daun parsley segar kalau ada- potong halus-Masa saya nak buat ni, pergi kedai semua daun parsley habis.
1 tin cendawan butang atau button mushroom. Dalam tin saya ada 9 cendawan. Saya hiris semua sebab sememangnya saya suka makan cendawan butang ni dalam sos spaghetti. Kalau tak nak banyak guna dlm 5-7 cendawan dah cukup.
1 botol sos spaghetti segera jenama San Remo
3-4 sudu makam tomato puri
Air secukupnya - Saya punya 300ml
1-2 sudu teh oregano leaves - Kalau tak ada boleh ganti daun salam atau bay leaves juga.
1 sudu makan hitam
Garam secukup rasa- Saya letak 2 tsp
Gula secukup rasa-Gula tak wajib. Ini saya letak 2 tbsp untuk seimbangkan rasa masam.
Kalau nak sos lebih creamy boleh letak sedikit cheese atau sedikit susu full cream okay ikut tekak masing masing hehe.
#resepispaghettibolognese #spaghettibologneserecipe